Nadi Esukan Podcast Nadi Esukan Kerjaya Dalam E-Sukan
29 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28/1/2026 Rabu, telah berlangsung sesi Dalam podcast episod ke-13 ini, kita membincangkan kerjaya dalam industri e-sukan yang sering disalah anggap hanya terhad kepada pemain profesional.
Bersama tetamu jemputan, Encik Imran Syahril, atau lebih dikenali sebagai Abey, seorang Broadcast Producer, perkongsian ini memberi gambaran sebenar tentang peranan di sebalik tabir dalam dunia e-sukan serta peluang kerjaya yang wujud di luar arena permainan.
Industri e-sukan sebenarnya menawarkan pelbagai laluan kerjaya seperti pengurusan acara, pengurusan pasukan, pengacaraan, penghasilan kandungan, teknikal penyiaran dan banyak lagi, seiring dengan perkembangan pesat industri digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: