Webinar Nadi E-Sukan Oktober 2025: Webinar: Visual Storytelling – From Idea To Pitch
26 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniWebinar Esukan kali ini akan memperlihatkan secara langsung pembelajaran visual storytelling dimana ianya seni menyampaikan cerita melalui imej, warna, ekspresi, dan emosi tanpa perlu terlalu banyak kata. Ia digunakan dalam filem, animasi, komik, iklan dan video pendek bagi menarik perhatian penonton dengan cara yang lebih berkesan. Prinsip utamanya ialah “show, don’t tell” — tunjukkan emosi dan tindakan, bukan sekadar menerangkan dengan kata-kata. Akhir dari webinar ini, penting untuk diingat bahawa visual storytelling bukan sekadar gambar atau dialog, tetapi tentang perasaan yang ditinggalkan kepada penonton selepas cerita tamat. Sebuah cerita visual yang baik akan kekal dalam ingatan kerana ia menyentuh hati, bukan hanya memuaskan mata. Webinar bermula pada jam 9 pagi hingga jam 1 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: